Sejak kebelakangan ini ramai yang membicarakan masalah kenaikan harga bahan- bahan makanan terutamanya harga beras yang merupakan makanan asas atau ruji penduduk negara ini. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam memastikan kecukupan dan keselamatan bahan-bahan makanan, MoA telah merangka satu dasar yang cukup penting iaitu “Dasar Jaminan Bekalan Makanan dan Langkah-langkah Bagi Meningkatkan Pengeluaran Makanan Negara”. Memandangkan MoA kebelakangan ini menjadi fokus utama semenjak bermulanya krisis bekalan makanan dunia lagi, adalah amat penting bagi warga Kementerian memahami dasar dan langkah-langkah yang telah dipersiapkan bagi menangani cabaran tersebut.
Harga makanan dunia telah meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Jika diamati, kenaikan harga bahan-bahan makanan asas khasnya bijirin adalah amat ketara sekali. Harga beras di pasaran antarabangsa telah meningkat di antara 46% sehingga 184% pada akhir bulan April 2008 berbanding harga purata bagi tahun 2007. Bahkan, harga bijirin-bijirin yang lain juga meningkat dengan ketara. Apa yang jelas, peningkatan harga ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan iklim dan bencana alam, misalnya kemarau yang berpanjangan di Australia, yang sudah semestinya di luar kawalan manusia. Peningkatan pertumbuhan penduduk dunia adalah sebanyak 1.5%, berbanding pengeluaran padi dunia 1% pada tahun 2007 iaitu 650 juta tan metrik. Tambahan pula, penggunaan sumber makanan untuk penghasilan biofuel terutamanya di Amerika Syarikat telah mengurangkan kawasan tanaman ruji untuk makanan juga telah menyukarkan lagi keadaan.Faktor-faktor ini diburukkan lagi dengan peningkatan permintaan yang menyebabkan persaingan sengit dalam mendapatkan bekalan beras di pasaran dunia. Tindakan mengenakan kawalan eksport beras seperti harga eksport minimum, cukai eksport dan sekatan eksport oleh China, India, Kemboja dan Vietnam tidak banyak membantu dalam mengatasi masalah ini.
Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah terdiri daripada langkah jangka masa pendek yang akan dilakukan dengan serta-merta pada tahun ini dan langkah jangka masa sederhana sehingga tahun 2010. Langkahlangkah ini telah dibuat bagi:
• Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro-makanan;
• Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang
setimpal bagi menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot;
• Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan
selamat dimakan.
setimpal bagi menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot;
• Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan
selamat dimakan.
Semua bahan-bahan makanan yang dikenal pasti adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna iaitu produkproduk strategik termasuk beras, ikan, daging ayam, daging lembu, daging kambing dan sayur-sayuran.
Bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi, dasar tersebut juga telah mengenal pasti 7 langkah yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 2 Mei 2008 dengan peruntukan sejumlah RM2,500 juta.
Sumber : Berita KEMTANI
No comments:
Post a Comment